naqibah? mampu ke?

cr: Reimund Bertrams on Pixabay


Assalamualaikum wbt.

   Seperti yang tertera pada tajuk diatas, minggu depan bermulalah kehidupan aku sebagai seorang daripada ahli badan nuqoba. Nuqoba tu apa? Layak ke aku? Nuqoba atau naqibah ni basically macam dai'e atau orang yang menyampaikan. Part layak ke aku tu... To be honest aku pon taktau, tak pasti dan segala macam tak lagi. Tapi inikan takdir. Makanya, aku terima je dan aku yakin ada hikmah disebalik kenapa Dia takdirkan aku untuk pegang this role. Sungguh, berat untuk aku terima tanggungjawab ni. Dengan kehadiran 10 orang anak buah/mad'u/pendengar yang muda-muda semuanya, aku takut. Tak tipu. Ya Allah aku harap sangat aku dapat kekuatan untuk jalankan tugas ni.

   Sebelum ni aku pon ahli je. Duk dengarlah semua yang naqibah aku sebelum ni sampaikan setiap kali usrah. Aku suka sebab bila dengar tu, rasa lapang je dada. Rasa macam bila duduk dengan mereka, geng-geng usrah ni, dapat lari sekejap dari dunia yang haru-biru ni. Mereka-mereka yang jadi naqibah sebelum ni semuanya hebat-hebat. Memang legend lah aku cakap. Penuh dengan ilmu. Bila tengok muka deme semua pon memang ya Allah sejuk je hati. Persoalannya, mampu ke aku jadi macam deme tu?. Mampu ke aku ubah and tarik adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke universiti tu untuk lagi dekat dan kenal Dia? Wallahi, sejak hari first aku terima tugas ni, aku duk terfikir.

   Aku harap dengan tanggungjawab baru ni, aku dapat berubah ke arah lebih baik insyaAllah. Things happen for a reason kan? Aku akan terus berlapang dada and cubalah untuk jadi naqibah yang terbaik. Banyak lagi yang aku kena belajar. Aku taknak lah sampaikan benda bukan-bukan dekat budak-budak tu. Doakanlah hamba Allah ni rajin kan diri tuntut ilmu-ilmu agama. Amin Ya Rabb. Kita tengok nanti macam mana. Su-su diriku (su-su ni macam goodluck or fighting in Thailand. Aku memang minat bahasa).

6 comments:

Komen atau sebarang pertanyaan di sini :)